top of page
  • admin

Saya tetap UMNO- Khairy

19 Sept

Spekulasi tular dalam media sosial mengatakan bakal keluar UMNO dinafikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini.

Menteri Kesihatan itu dalam hantaran di akaun Instagramnya menjelaskan akan kekal dengan parti tersebut walaupun pelbagai cabaran dihadapinya sepanjang berada dalam kancah politik negara.

“Saya tidak suka layan berita macam ini tetapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap UMNO. Saya menang Ketua Pemuda tetapi tidak dilantik Kabinet dan dipulau, tetap UMNO.

“Waktu kalah PRU dan macam-macam penganiayaan politik, tetap UMNO. Saya kalah (pemilihan parti) bagi jawatan Presiden dan dipandang semacam, tetap UMNO.


“Kena cari kawasan baharu pun, tetap UMNO. Jangan risau. Dulu, kini, selamanya,” katanya dalam hantaran tersebut.



Untuk rekod, video tular tersebut banyak menyentuh berkisar arahan yang diberikan kepada Khairy untuk melepaskan kerusi Parlimen disandangnya di Rembau.

Media sebelum ini melaporkan Khairy diarahkan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

bottom of page