top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

“Saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah” – Isma Halil

3 Disember 2021

Beberapa bulan lalu, tular di media mengenai seorang penyampai radio lelaki telah ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja.


Laporan tangkapan yang ditularkan di aplikasi WhatsApp menunjukkan salinan polis mengatakan sebanyak 22 paket plastik berisi ketulan mampat dan ceraian daun kering disyaki ganja seberat 447.44 gram telah dirampas melalui serbuan di rumah penyampai radio tersebut di Kuala Lumpur.


Selain itu, ia juga turut memberitahu bahawa suspek tersebut mengaku bahawa dadah tersebut adalah miliknya dan mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah ganja ini sejak tahun 2011.


Baru-baru ini, penyampai radio Bapakku FM, DJ Isma Halil Hamzah telah menulis nota ringkas dari dalam penjara Sungai Buloh memohon maaf serta turut menjelaskan bawahan tuduhan berkaitan dadah ke atasnya adalah fitnah.



Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh Ini. “Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya. “Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya.”

Nota ringkas tersebut telah diberikan kepada peguamnya Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa mereka bertemu di penjara, lapor Utusan.


Menerusi Facebook, Zaharil menjelaskan yang Isma Halil masih belum dituduh mahu pun dibicarakan lagi dan meminta agar mana-mana pihak tidak timbulkan spekulasi mengenai penyampai radio tersebut.


Untuk pengetahuan korang, Isma kini sedang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Sebelum ini, dalam tangkap layar yang tular itu juga turut memberitahu bahawa keputusan ujian air kencing lelaki tersebut disahkan positif dadah jenis

bottom of page