top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Selangor terus rekod kemenangan di tempat lawan

22 Ogos 2021

IPOH: Selangor melakar kemenangan bergaya ke atas Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.


Selangor hadir ke dalam perlawanan berikutan kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC dalam aksi terdahulu di Stadium Darul Aman, membawa momentum kemenangan memasuki aksi yang berlangsung di Ipoh bertemu Perak.


Kedua-dua pasukan berusaha mencari jaringan pembukaan namun Oliver Buff memastikan pelawat mendahului pada minit ke-42, gerakan cemerlang dari tengah sebelum merembat masuk melepasi gawang.


Skuad kendalian Karsten Neitzel menggandakan jaringan, Ifedayo Olusegun menanduk masuk sepakan percuma Oliver dalam masa kecederaan.


Ketika Perak dalam usaha mendapatkan jaringan sejak bermulanya separuh masa kedua, Selangor turut berusaha mengasak kubu pertahanan bagi melebarkan kedudukan dan ia terhasil menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Ifedayo pada minit ke-59.


Tiada jaringan tambahan dihasilkan sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Selangor membawa pulang tiga mata penuh di Ipoh.


Keputusan lain:

PJ CITY 0 JDT 2

TERENGGANU 1 KEDAH 2

bottom of page