top of page
  • newsatmy

Sembang Game musim ke-2: Mendalami e-Sukan Malaysia

29 NOVEMBER 2021

SEMBANG Game kini kembali lagi untuk musim ke-2 bagi mengupas topik hangat mengenai industri e-Sukan dan trend permainan terkini.


Pastinya Sembang Musim pertama tidak dapat dilupakan kerana merungkai topik menarik untuk tontonan dan menambah pengetahuan peminat e-Sukan.


Yang pasti Sembang Game musim ke-2 lebih menarik dan memberi kelebihan kepada semua terutama peminat mengenai e-Sukan serta mengetahui lebih lanjut tentang trend dan fenomena baharu dalam e-Sukan.


Kali ini, Jaasuzuran akan digandingkan bersama Melissa Th’ng menjadi pengacara sebanyak 10 episod bersama pencipta kandungan yang terkenal seperti Masterramen, Maxhaze, Machasquad, Daddyhood, dan pemimpin industri, atlet professional esukan, pengacara, pereka permainan dan ramai lagi.


Antara topik yang dibincangkan pengacara dan para jemputan adalah mengenai kesihatan dalam permainan, buli siber, langkah bagaimana menjadi streamer termuda, langkah memberikan masa yang seimbang di antara keluarga dan penstriman, di sebalik tabir dalam arena e-Sukan, dan kesemuanya telah dibahagikan dalam bentuk format yang mampu menghiburkan anda dari semua peringkat.


Sembang Game 2 dibawakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Esports Integrated (ESI) dengan setiap episod akan ditayangkan hanya di eGG Network.


Saksikan kesemua 10 episod Sembang Game 2 yang ditayangkan setiap Khamis bermula 25 November 2021 hanya di eGG Network (Astro CH800) dan 30 November 2021 di Astro Arena (CH801).


Program ini juga tersedia di dalam Astro Go dan Sooka.


Jadual Siaran di eGG Network (Setiap Rabu 9:00PM bermula 25/11/21)


25/11/2021 9.00PM Episod 1 Di Antara PC, Konsol & Telepon Pintar


02/12/2021 9.00PM Episod 2 Di Sebalik Pembangunan Permainan Video


09/12/2021 9.00PM Episod 3 PC Idaman


16/12/2021 9.00PM Episod 4 Pengulas E-Sukan


23/12/2021 9.00PM Episod 5 Streamer Berkeluarga & Streamer Muda


30/12/2021 9.00PM Episod 6 Di Sebalik Tabir Live Stream


06/01/2022 9.00PM Episod 7 Permainan Video & Kesihatan


13/01/2022 9.00PM Episod 8 Gejala Buli Siber


20/01/2022 9.00PM Episod 9 Pasukan E-Sukan


27/01/2022 9.00PM Episod 10 Liga E-Sukan


Astro Arena Jadual Siaran (Setiap Selasa 9:30mlm bermula dari 30/11/21)


30/11/2021 9.30PM Episod 1 Di Antara PC, Konsol & Telepon Pintar


07/12/2021 9.30PM Episod 2 Di Sebalik Pembangunan Permainan Video


14/12/2021 9.30PM Episod 3 PC Idaman


21/12/2021 9.30PM Episod 4 Pengulas E-Sukan


28/12/2021 9.30PM Episod 5 Streamer Berkeluarga & Streamer Muda


04/01/2022 9.30PM Episod 6 Di Sebalik Tabir Live Stream


11/01/2022 9.30PM Episod 7 Permainan Video & Kesihatan


18/01/2022 9.30PM Episod 8 Gejala Buli Siber


25/01/2022 9.30PM Episod 9 Pasukan E-Sukan


01/02/2022 9.30PM Episod 10 Liga E-Sukan

bottom of page