top of page
Writer's pictureNihaba

Sesi persekolahan diteruskan hingga hujung minggu ini- Dr Radzi Jidin

5 Disember 2021

ALOR STAR-Sesi persekolahan tahun ini akan diteruskan hingga ke penghujung penggal iaitu pada hujung minggu ini 10 disember.Ini memandangkan jumlah pelajar yang dijangkiti Covid-19 ketika ini dianggap masih lagi rendah berbanding jumlah pelajar secara keseluruhan di seluruh negara.


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, data menujukkan jumlah kes aktif melibatkan pelajar sekolah di seluruh negara masih berada di tahap rendah iaitu melibatkan hanya 200 hingga 250 orang berbanding 4.5 juta pelajar yang hadir ke sekolah.


“Dalam konteks kita bergerak ke fasa endemik, ini yang akan berlaku. Tetapi kita dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ada, kita cuba kawal supaya tak berlaku penularan besar Covid-19 dan insya Allah sesi persekolahan akan berterusan hingga ke akhir penggal ini,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas merasmikan Akademi Sains Pendang, hari ini.


Selain itu beliau menjelaskan, pihak Kementerian Pendidikan pada setiap masa sentiasa menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menentukan langkah-langkah yang perlu diambil terutamanya melibatkan sekolah-sekolah yang memiliki kes Covid-19. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa membuat penilaian mengenai langkah yang perlu diambil. Jika berlaku kes seperti di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya,PKD akan mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah.


Mengulas lanjut Radzi berkata, kementeriannya berpandangan sistem persekolahan secara bersemuka amat penting dalam usaha meminimumkan masalah murid bagi mengelakkan mereka tercicir dari pelajaran.


Comments


bottom of page