top of page
newsatmy

“Sha Dah Fail Cerai Tapi Dia Nak Panjangkan Benda Ni” – Shila Amzah

22 Disember 2021

Pendedahan Shila Amzah menerusi hantaran di Instagram membuatkan ramai terkejut selepas dia mengakui sudah dua bulan keluar dari rumahnya di Cyberjaya.


Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata, dia sudah memfailkan penceraian dengan suami namun tidak memberitahu secara terperinci bila ianya dibuat.


Shila kini tinggal bersama keluarganya buat sementara waktu di Kuala Langat dan turut terjejas selepas rumah didiami terlibat dengan bencana banjir.


Disebabkan itu, keluarga ND Lala itu kini sedang menumpang di rumah saudara dan mereka terpaksa tinggal di dalam satu bilik.


Kata Shila lagi, penceraiannya kini masih dalam proses kerana suaminya didakwa memanjangkan kes.

Comments


bottom of page