top of page
  • Writer's pictureNihaba

Shahidan nafi langgar displin parti

Updated: Oct 23, 2021

23 Oktober 2021

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Arau,DatukSeri Shahidan Kassim menafikan beliau telah melanggar displin parti.Jelas beliau“Ini adalah pandangan, tidak ada salah mengeluarkan pandangan,” demikian kata Ketua Umno bahagian Arau, Shahidan Kassim berhubung pengedaran draf usul bahawa Umno perlu meneruskan kerjasama dengan parti-parti politik bumiputera lain.


“Ini adalah pandangan, tidak ada salah mengeluarkan pandangan. Orang nak keluarkan pandangan, kita hukum mereka. Mesyuarat cawangan pun belum diadakan ini cuma pandangan yang dilemparkan oleh Umno Arau,” katanya ketika sidang media selepas sesi perasmian majlis penyerahan Kunci Residensi Desa Satumas.


Isu itu timbul selepas Pemuda Umno Arau meminta parti mengambil tindakan ke atas Shahidan dengan mendakwa bahawa Menteri Wilayah Persekutuan itu mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti.


Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar, menyampaikan surat aduan kepada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkenaan pelanggaran disiplin parti ketika majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan-cawangan di negeri itu, yang melibatkan Shahidan.


Beliau berkata, pihaknya akur dengan keputusan parti dan menafikan dirinya melanggar disiplin parti.Beliau juga menjelaskan pandangan tersebut datangnya daripada cawangan Umno Arau, bukan pandangan peribadinya.


“Kita akur kepada arahan . tetapi padndangan itu diutarakan dalam mesyuarat daripada sebuah cawangan Umno Arau yang diusulkan untuk dibuat keputusan.


“Walaubagaimanpun , keputusan itu telah ditolak oleh Majlis Tertinggi. Akhirnya, keputusan MPT kita ikut,” tambahnya.


Aset Kayamas Sdn Bhd, Residensi Desa Satumas menawarkan tiga blok bangunan berketinggian 43 tingkat yang terdiri daripada 1,346 unit pada harga serendah RM230,000.


Sehingga September 2021 terdapat 62,701 unit rumah mampu milik melibatkan 100 projek yang telah mendapat kelulusan untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan dengan 93 buah projek di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat di Labuan.

bottom of page