top of page
  • newsatmy

Sheila Majid kunci mulut sehingga siasatan SPRM selesai


Sehingga ke hari ini, Recording Performers Malaysia (RPM) dilihat masih mengunci mulut berhubung dakwaan gagal menyelesaikan isu agihan royalti artis yang dikemukakan terhadap mereka walaupun terus diasak dan didesak oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).


Pengerusinya, Sheila Majid, berkata pihaknya hanya akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (RPM) selesai melakukan siasatan.


Tambahnya lagi, dia bimbang sekiranya kenyataan dikeluarkan boleh menganggu siasatan yang dijalankan pihak berkuasa.


“Saya belum boleh mengulas sebarang kenyataan berhubung Karyawan mahupun sidang media yang diadakan kelmarin.


Sementara itu, presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata, sekiranya usaha mereka masih menemui jalan buntu, perkara itu akan diadukan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Beliau juga antara penggerak terhadap petisyen dalam talian mendesak Sheila untuk meletak jawatan.


Petisyen itu setakat ini sudah ditandangani seramai 114 ahli RPM.


Sidang media kelmarin turut dihadiri oleh komposer dan pemuzik Mohd Rafi Shafie yang mendakwa dirinya layak untuk menggantikan tempat Sheila sebagai pengerusi RPM selepas 30 tahun berkecimpung dalam industri.


Sheila yang terkenal dengan lagu Hitam Putih Kehidupan itu juga berkata, RPM setakat ini tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.


“RPM sedang disiasat. SPRM juga sudah hubungi pengurus besar RPM. Kami sedang atur tarikh dan masa untuk berjumpa.


“Mereka sudah minta dokumen daripada RPM dan kami memberi apa yang dipinta selain sedia memberi kerjasama penuh cuma SPRM belum lagi menghubungi saya,” katanya yang menerajui RPM sejak 2012.


bottom of page