top of page
  • newsatmy

SIAPA BERI ARAHAN AGAR DPP MOHON HAKIM SEGERAKAN KES ZAHID?


Apabila tular surat yang ditulis oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob yang meminta agar kes melibatkan Presiden UMNO diberikan keutamaan, kononnya bagi membolehkan kes tersebut yang berada di peringkat pembelaan “diselesaikan dengan kadar segera”, tidak semena-mena beliau ‘menarik balik’ surat tersebut tanpa sedikitpun penyesalan atas arahan yang boleh disifatkan sebagai menghina mahkamah tersebut.


Penulis dan penandatangan surat itu sendiri iaitu Abdul Malik Ayob secara langsung membuat pengakuan di depan YA Hakim Dato’ Collin dengan memaklumkan kepada mahkamah bahawa perkara itu kini “sudah selesai” dengan mengambil kita penarikan balik surat berkenaan.


Sebagai balasan, YA Hakim Dato’ Collin menegur bahawa tiada siapapun boleh menentukan kes apa yang perlu diberi keutamaan di mahkamah. Secara tidak langsung membuatkan pihak pendakwaan termalu sendiri dengan isi kandungan surat tersebut yang bukan sahaja terpaksa ditarik balik tetapi turut ditegur dan ditolak mentah-mentah oleh YA Hakim.

Justeru, seperti ayat Abdul Malik iaitu, “SAYA TELAH DIARAHKAN untuk memohon kepada YA Dato’ untuk memberi keutamaan…” yang membuktikan wujudnya arahan daripada ‘atas’, maka sewajarnya ia disiasat agar tidak wujud campur tangan ghaib dalam perbicaraan Presiden UMNO tersebut.


Malah bukan sahaja perbicaraan Zahid, perbicaraan sesiapa jua tidak sepatutnya wujud sebarang campur tangan untuk menyegerakannya, sepertimana teguran YA Hakim Collin. Peguam Datuk Zaid Ibrahim turut mendesak agar Ketua Hakim Negara Tengku Maimon Tuan Mat meminta Peguam Negara Tan Sri Idris Harun menunjukkan sebab beliau tidak patut berdepan prosiding menghina mahkamah berhubung surat kontroversial yang dikeluarkan oleh pejabatnya kepada Mahkamah Tinggi.


Apa yang pasti, akhir-akhir ini rakyat dapat melihat dengan mata kepala sendiri macam-macam yang boleh berlaku apabila melibatkan perbicaraan ahli politik di negara ini termasuklah apabila Peguam Negara sendiri menafikan pejabatnya ada menerima kertas siasatan SPRM melibatkan YA Hakim Nazlan, sedangkan sebelum itu beliau juga mengesahkan telah menerima dan sedang meneliti kertas siasatan tersebut.





Cerita pelik dan salah guna kuasa sebegini wajib disiasat, sepertimana kerisauan Zaid yang berkata “Penarikan balik (surat itu) pagi ini bukan kerana penulisnya merasakan perkara itu salah dan (beliau) merasa bersalah.” (Surat itu) ditarik balik hanya kerana ia menjadi isu dalam tempoh semalaman setelah salinannya tular di media sosial.” Inilah bahana apabila keadilan cuba disegerakan, seperti yang boleh dilihat dalam kes sebelum ini.


Editor Malaysia


コメント


bottom of page