top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Siapa yang layak mohon PIKAS?

17 Jun 2021

PIKAS atau dikenali sebagai Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta dilancarkan bertujuan melengkapkan Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK) bagi mempercepatkan tahap pencapaian imuniti kelompok dalam komuniti.


Siapa yang layak memohon PIKAS?


Hanya syarikat dalam subsektor pembuatan kritikal sahaja yang layak membuat permohonan seperti elektrik dan elektronik, pemprosesan makananan, besi dan keluli, alat perubatan, alat pelindung diri (PPE), minyak dan gas serta produk getah termasuk pembuatan sarung tangan perubatan.


Mereka ini penting dalam menyokong rantaian bekalan produk dan perkhidmatan. Selain itu, sektor-sektor ini telibat dalam penyelenggaraan dan kelancaran infrastruktur termasuk utiliti serta sistem penjagaan kesihatan awam.


Oleh itu, kerajaan komited dalam memastikan pekerja-pekerja daripada sektor kritikal ini mendapat vaksin. Tambahan lagi, pelaksanaan PIKAS ini adalah penting bagi melindungi mereka daripada risiko jangkitan COVID-19.


Mohon segera di www.miti.gov.my


Borang yang telah diisi, boleh juga dihantar ke persatuan industri, persatuan perniagaan atau emel ke vaccine4industry@miti.gov.my


Bersama kita cegah penularan wabak COVID-19!

bottom of page