top of page
Writer's pictureNihaba

Sidang DUN Johor bermula 18 November dengan pembentangan Bajet 2022

11 November 2021

JOHOR BAHRU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijadualkan akan bermula 18 November ini.Speaker Dewan Rakyat,Suhaizan Kayat menjelaskan pada sidang dewan nanti akan diadakan pembentangan Bajet Johor 2022


Kerajaan negeri Johor memiliki 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan beliau berharap kesemua Ahli Dewan menumpukan perhatian kepada persidangan hingga 25 November itu meskipun Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN Melaka) berlangsung dalam masa sama.


“Kita telah menghantar notis pada 27 Okt lepas memaklumkan semua ADUN bahawa persidangan dewan akan diadakan pada tempoh yang telah dinyatakan bagi membolehkan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad membentangkan bajet negeri untuk tahun hadapan.


Beliau berkata SOP yang sama ditetapkan untuk persidangan kali ini termasuk mewajibkan ujian COVID-19 setiap hari untuk semua wakil rakyat, ketua jabatan, petugas dewan dan pengamal media.


Pada persidangan lepas, sesi itu tertangguh dua kali berikutan penilaian risiko COVID-19 dan seramai empat ADUN turut tidak dibenarkan menyertai persidangan selepas penilaian risiko COVID-19 ke atas mereka.


ketika ditanya mengenai bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang diserang stok ringan pada 13 Okt lepas, Suhaizan berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang surat sama ada ADUN Kempas itu akan hadir atau tidak ke persidangan tersebut.



Bernama

Comments


bottom of page