Sihat seperti biasa bah – Bung
KOTA KINABALU, 5 Sept – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengsahkan beliau sihat dan masih berada di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding Mahkamah pada Jumaat lepas.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat di laman media sosial Facebook.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu, beliau akan bersama rakyat dan penyokong Barisan Nasional di Kota Belud pada Sabtu ini bagi melancarkan program Gelombang Biru dan Jentera Pilihanraya Kota Belud dan Tuaran.
Sementara itu, Setiausaha Akhbarnya Jaafar Abdul Wahid berkata sejak petang Ahad, beliau tidak henti-henti menerima panggilan dan WhatsApp dari kalangan beberapa pemipin dan rakan-rakan Bung.
Ianya berkenaan gambar tular di media sosial yang menunjukkan Bung terbaring di atas katil sambil diziarahi Setiuasha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin seolah memberikan gambaran Bung sakit dan sedang menerima rawatan.
コメント