top of page
  • newsatmy

Sindiket nikah palsu dengan kos hanya RM450



Tak perlu sampai ke Thailand, pasangan ini kahwin sindiket di Melaka sahaja dengan kos RM450. Cubaan sepasang suami isteri warga asing mengemukakan sijil nikah bagi mengelak dicekup kerana disyaki berkhalwat mengundang padah apabila dokumen itu didapati meragukan dan tidak diiktiraf Jabatan Agama Islam (Jaim).


Rampasan itu sekali gus membuktikan wujudkan sindiket nikah kahwin palsu di negeri ini yang mengeluarkan sijil nikah palsu atau tidak sah kepada pasangan bermasalah.


“Pasangannya yang juga ibu tunggal pula mendakwa berkahwin dengan lelaki berkenan selepas enam bulan ditinggalkan suami tanpa melalui proses perceraian.

“Jaim akan menyiasat semula berhubung status pernikahan pasangan terbabit yang turut mempunyai seorang anak serta dakwaan wujudnya sindiket nikah palsu dalam komuniti Rohingya ini.


“Kita tidak menafikan kewujudan sindiket pernikahan warga asing dengan penemuan kes itu dan akan menyiasat sama ada ia masih aktif menawarkan perkhidmatan atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas operasi bersepadu Op Gelenyar di sini, semalam.


Che Sukri berkata, warga asing terbabit antara dua pasangan berusia 30 hingga 61 tahun yang ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu kesalahan bersekediaman atau berkurung hingga mendatangkan syak dengan seorang perempuan bukan mahram.


Katanya, pasangan kedua ditahan adalah seorang lelaki berusia 61 tahun bersama isteri orang yang didapati berkurung di dalam rumah semasa ketiadaan si suami.

“Ketika pemeriksaan, wanita itu mengaku suaminya berusia 38 tahun tiada di rumah kerana bekerja shif malam meninggalkannya dan dua anak mereka berusia tiga tahun dan tiga bulan bersama rakan sekerjanya itu berusia 61 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati, lelaki berkenaan tinggal di situ sejak enam bulan lalu selepas baharu mendapat kerja di syarikat kawalan keselamatan bersama suami wanita terbabit,” katanya.

‘Saya sudah ditangkap tiga kali’


Tidak sampai sebulan pembongkaran kampung haram didiami warga asing Indonesia di Nilai, Negeri Sembilan dan Cyberjaya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menemui pula ‘kampung’ dihuni warga asing termasuk Rohingya di Semabok.



bottom of page