top of page
  • admin

Sistem pendidikan negara perlu ke arah pendigitalan



Dalam usaha memperkukuhkan pendigitalan sistem pendidikan negara, peruntukan yang besar diperlukan bagi menyediakan fasiliti dan infrastruktur berkaitan termasuk mendapatkan teknologi terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).


Kementerian Pendidikan (KPM) sewajarnya diberikan lebih banyak peruntukan tambahan dalam Bajet 2023 agar selari dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasi pendidikan negara.


Peralatan pengajaran khususnya berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) termasuk penyediaan makmal komputer, robotik dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bukan sesuatu yang murah dan memerlukan kos tinggi.


Makmal komputer misalnya telah mula diwujudkan di sekolah namun bila sebut tentang komputer,kebanyakan pihak sekolah menggunakan alatan yang ketinggalan zaman.


Bagi memastikan segala peralatan terkini dan sentiasa diselenggara dengan baik,kerajaan mungkin boleh menggunakan kaedah sewaan atau pajakan dengan segala peralatan digital yang dibekalkan ke sekolah melalui penswastaan.


Begitu juga dengan teknologi,Kementerian pendidikan perlukan alatan dan teknologi yang baharu sebagai bantuan PdP seperti yang ada ketika ini iaitu 'papan elektronik'.


Mahu tidak mahu kita kena sediakan kemudahan terkini merangkumi aplikasi untuk digunakan para pelajar dan guru sekali gus memastikan ia dapat dimanfaatkan semua pelajar sama ada di bandar mahu pun luar bandar..


Penyediakan kemudahan PdP yang terkini bercirikan teknologi, digital dan automasi bukan sahaja diperlukan di sekolah harian malah, sekolah yang menyediakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).


Kini,segala sistem dalam pelbagai bidang ,sebagai contoh bidang pertanian yang dulu menggunakan kaedah tradisional tapi hari ini industri pertanian mempraktikkan penggunaan aplikasi teknologi digital


Jestru itu, pelaburan bagi menyediakan kemudahan dan teknologi terkini perlu bermula di peringkat persekolahan lagi


Kerajaan perlu memberi peruntukan tambahan diperlukan bagi menaik taraf kemudahan ICT dalam melancarkan proses tranformasi digital sistem pendidikan negara.


Peruntukan tambahan ini untuk naik taraf ICT akan melibatkan 10,250 sekolah di seluruh negara kerana hari ini apa yang terjadi lihat ada sebahagian sekolah sudah agak ketinggalan, kemudahan Internet yang lembap begitu juga peralatan yang digunakan.


Kerajaan harus memberi keutamaan bagi meningkatkan sistem ICT sekolah kerana ia amat diperlukan ketika ini bukan sahaja untuk PdP tetapi dalam urusan sekolah dan masalah kerencatan Internet perlu segera diselesaikan.Jika ia gagal ditangani dikhiatiri akan menyebabkan usaha transformasi pendidikan negara akan terjejas.


Selain itu, dengan adanya peruntukan tambahan ini, sekali gus dapat menyelesaikan isu para guru menggunakan wang poket sendiri untuk mendapatkan kemudahan ICT yang baik di sekolah kerana sebelum ini memang berlaku ada guru guna wang sendiri seperti membeli laptop dan sebagainya bagi tujuan pembelajaran


Terdapat juga segelintir guru-guru terpaksa memanjat pokok semata-mata untuk mendapatkan capaian internet ketika pembelajaran PdPr diwaktu pendemik covid-19 melanda negara.


Sebagai rekod,dalam Bajet 2022, KPM merupakan kementerian yang terus menerima peruntukan terbesar berjumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan.








Matharuzaman Ahmad

Timbalan Ketua Perikatan Nasional Pontian

bottom of page