top of page
Writer's pictureArissa Azman

Siti Norsaida kahwin kali ketiga

13 Disember 2021

PETALING JAYA : Kakak kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dalam sebuah majlis yang berlangsung semalam.

Siti Norsaida atau Saida 46,dengan mas kahwin rm200 selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya dalam sebuah majlis resepsi berlangsung di sebuah hotel di ibu kota.

Hari bahagia Saida turut dikongsikan oleh adiknya menerusi akaun Instagram miliknya.Bagaimanapun, identiti dan maklumat lanjut tentang suami Saida tidak dikongsikan.


Pernikahan ini merupakan kali ketiga Saida selepas dua kali pernah mendirikan rumah tangga.Beliau pernah muncul dengan single Sedalamnya Cinta dan berumah tangga kali pertama pada Disember 1996 dengan dikurniakan empat cahaya mata.



Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berakhir pada 7 Oktober 2011.

Saida kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat pada 2016, namun mahligai yang dibina juga menemui perpisahan.

Comments


bottom of page