top of page
newsatmy

Siti Saleha sah bercerai talak satu

18 Januari 2022

Pelakon jelita Siti Saleha dilaporkan telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.


Maklum Siti Saleha, dia dan bekas suami telah bercerai secara baik di atas sebab tiada persefahaman antara satu sama lain.


“Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa. Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih.” ujarnya.


Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu telah menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila dia mengesahkan telah memfailkan penceraian terhadap Ahmad Lutfi,36, selepas dibenarkan mahkamah.


Berita tersebut ternyata telah memberi kejutan kepada peminat dan juga rakan artis kerana dia tidak pernah berkongsi sebarang masalah peribadi secara terbuka di media sosial ataupun kepada rakan media.


Sekadar info, Siti Saleha telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi pada 28 Julai 2017.


Hasil perkahwinan mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Comments


bottom of page