top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Skuad Prihatin Pontian agih lebih 400 Bakul Makanan

27 Ogos 2021

PONTIAN: Sebanyak 264 Bakul Prihatin bagi Fasa ke-2 telah diagihkan semalam, untuk diedarkan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19.


Penyelaras Skuad Prihatin Pontian, dan juga merangkap Timbalan Ketua BERSATU bahagian Pontian, Encik Matharuzaman Ahmad berkata kesemua bakul makanan itu akan diberikan kepada penerima-penerima di kawasan Benut, Bandar Pontian dan juga Pulai Sebatang.


"Secara keseluruhan sebanyak 400 lebih bakul makanan telah diagihkan, termasuk di Parlimen Tanjung Piai,


“Terima kasih diucapkan kepada Sukarelawan Skuad Prihatin Negara dengan kerjasama mereka agar Bakul Makanan ini dapat diberikan kepada rakyat yang memerlukan,


“Alhamdulillah kami masih lagi meneruskan sumbangan Bakul Makanan ini selaras dengan apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin lakukan ketika perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-8,


“InsyaAllah, Skuad Prihatin ini akan terus berkhidmat demi rakyat,” katanya.




--PN Online

bottom of page