top of page
  • Writer's pictureNihaba

Smith janji bangkit selepas Villa tewas lagi

6 November

LONDON: Pengendali Aston Villa, Dean Smith berkata dia akan bangkit berjuang jika diberikan peluang selepas pasukannya tewas 1-0 di Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.


Adam Armstrong meledak gol tunggal permainan selepas hanya tiga minit untuk gol pertamanya selepas sembilan perlawanan dan kekalahan kelima berturut-turut buat Villa.


Nama Smith dilaungkan penyokong Villa sebelum perlawanan, tetapi bertukar menjadi ejekan ketika rehat selepas aksi hambar sepanjang 45 minit. Villa tampil berbeza selepas rehat, tetapi gagal mencari gol penyamaan.


"Apabila anda mendapat deretan keputusan buruk ia memang mengecewakan dan mereka pula menjaringkan gol hebat.


"Saya beritahu pemain-pemain ketika rehat, anda tidak boleh merasakan dunia menentang anda dan anda perlu keluar serta memberikan segalanya, dan itu yang mereka lakukan.


"Saya seorang pejuang, sentiasa begitu dan kecewa tewas lima kali berturut-turut. Kami mempunyai pemain yang cedera dan mereka akan kembali cergas selepas rehat perlawanan antarabangsa," kata Smith.



Sementara itu, Southampton kendalian Ralph Hasenhuttl melonjak ke tangga ke-12 hasil kemenangan berkenaan.


Villa kekal di tangga ke-15, tiga mata di atas zon penyingkiran.


- AFP

bottom of page