top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Sofia Jane 'bengang', beri teguran berguna untuk pemandu e-hailing

26 Jun 2021

AKTRES berpengalaman, Datin Sofia Jane, melontarkan rasa kurang senang terhadap segelintir pengguna jalan raya yang gemar melanggar lampu merah terutamanya di kawasan lintasan pejalan kaki.


Malah, pelakon yang popular dengan filem Perempuan, Isteri dan.... serta Hanyut itu turut menyarankan agar penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati terhadap isu keselamatan awam, lebih-lebih lagi di kawasan itu.


“Saya mohon kepada penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah.


“Lampu merah jangan dilanggar. Orang yang mahu melintas jalan seperti berhadapan dengan maut setiap kali di lintasan.


“Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput maut,” ujar Sofia menerusi beberapa ciapan di akaun Twitter peribadinya.


Malah, Sofia juga kurang senang dengan sikap mereka yang suka menggunakan hon terhadap pejalan kaki.


“Siap hon mereka di tempat lintasan pejalan kaki. Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Budak-budak, orang tua nak berjalan pun payah kerana takut dilanggar. Apa nak jadi ni?


“Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ini baru motosikal, belum lagi saya meroyan fasal pemandu kereta,” tegasnya sambil menasihati pegguna jalan raya agar memperlahankan kenderaan sekiranya berdekatan dengan lintasan pejalan kaki.


Malah, kata Sofia kejadian seperti itu juga pernah berlaku kepada ahli keluarganya sehingga menyebabkan kecederaan.


Teguran Sofia itu sangat relevan dengan sikap sesetengah pengguna jalan raya di negara ini, yang pada kebanyakan masa tidak memahami hak pejalan kaki, memandu atau menunggang secara sambil lewa dan tidak patuh pada asas peraturan jalan raya.



--Awani

Hozzászólások


bottom of page