top of page
newsatmy

SOP PRN terlalu ketat-Anwar Ibrahim

Updated: Nov 11, 2021

10 November 2021

KOTA MELAKA: Pakatan Harapan (PH) turut menyuarakan rasa kurang senang dengan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dianggap ketat.


Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bukan hanya parti itu sebaliknya kesemua parti bertanding meluahkan perkara sama susulan kekangan dihadapi dalam berkempen.


“Memang semuanya merungut, saya tengok BN (Barisan Nasional), Perikatan Nasional (PN) dan PH (Pakatan Harapan) kesemua tidak setuju,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan, di Jalan Hang Tuah, hari ini.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi PH Mohamad Sabu, mengingatkan semua pihak yang terbabit agar terus patuh kepada SOP demi keselamatan semua.


Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada Isnin memaklumkan penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PRN Melaka.


Bagi aktiviti pengedaran risalah, jumlah mereka yang dibenarkan terlibat dihadkan tidak melebihi daripada tiga orang dan bagi tujuan berkempen, calon digalakkan menggunakan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, WhatsApp dan lain-lain aplikasi menyampaikan kempen.

Comments


bottom of page