top of page
Writer's pictureArissa Azman

SPM 2020 Cemerlang Walaupun Dilanda Covid19

10 Jun 2021

Sidang media pada pagi ini adalah berkaitan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (SPM) oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.


SPM 2020 kali ini cukup berbeza dengan SPM sebelumnya, kerana tarikh SPM 2020 sentiasa berubah kerana situasi pandemik yang melanda di negara kita.


Tarikh asal SPM2020 adalah pada 5 Oktober sehingga 19 November 2020, tetapi tarikh ini telah dianjak ke satu tarikh yang baharu, iaitu pada 16 November sehingga 7 Disember 2020, seterusnya beranjak sekali lagi ke tarikh 6 Januari sehingga 9 Februari 2021, dan seterusnya kita laksanakan SPM2020 pada 22 Februari sehingga 25 Mac 2021, untuk sesi pertama.


Bagi sesi kedua SPM2020, kita bermula pada 6 April, dan berakhir pada 23 April 2021.


Sesi kedua ini diadakan kerana adanya murid-murid yang terpaksa dikuarantinkan pada sesi pertama atas sebab jangkitan Covid19 ataupun mempunyai kontak rapat pesakit Covid19.


Secara keseluruhannya, jumlah bagi calon berdaftar SPM2020 adalah seramai 401,105, manakala bagi bilangan mata pelajaran secara keseluruhannya adalah sebanyak 83 subjek, dan jumlah pusat peperiksaan pula adalah sebanyak 3,310 pusat.


Dari sudut persediaan, SPM2020 dilaksanakan dalam situasi yang cukup berbeza, di mana kita perlu sediakan garis panduan SOP untuk murid-murid menjalani peperiksaan semasa pandemik.


Dari sudut pembaharuan pula, pelbagai alternatif yang dilakukan untuk pelajar dan guru agar mudah untuk mereka menempuhi peperiksaan besar ini ketika tempoh pandemik.


Antaranya, mereka boleh melakukan pemeriksaan skrip jawapan dalam talian, proses pengeluaran keputusan disingkatkan, daripada 90 hari ke 76 hari sahaja dan semakan keputusan SPM2020 yang boleh dilakukan secara talian juga diperkenalkan.


Selain itu, pengeluaran slip keputusan rasmi SPM2020 juga boleh dikeluarkan secara dalam talian serta percetakan dan pengedaran sijil SPM2020 turut dipercepatkan daripada 6 bulan ke 1 bulan sahaja.


Hari ini, 10 Jun 2021, slip keputusan SPM telah dikeluarkan pada jam 10 pagi tadi melalui dua pautan atau QR Code yang telah disediakan, manakala slip keputusan rasmi SPM2020 boleh didapati pada 14 Jun 2021 melalui JATA ataupun QR code.


Sijil SPM pula boleh didapati mulai 10 Julai 2021 secara berperingkat.


Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 4.80, meningkat berbanding dengan SPM2019 iaitu 4.86.


Dalam pada itu, kata Radzi, sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan keputusan peningkatan, 39 menurun dan satu kekal


"Pada SPM 2020, mata pelajaran Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan dalam prestasi mata pelajaran teras, sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan.


"Calon layak sijil SPM pula meningkat kepada 88.68 peratus, lebih 1,96 peratus berbanding 86.72 peratus pada 2019.


"Sementara calon berkeperluan khas (CBK) layak sijil SPM turut menunjukkan peningkatan 6.88 peratus kepada 68.22 peratus pada 2020 berbanding 61.34 peratus pada 2019," katanya.




--PN Online

コメント


bottom of page