top of page
  • admin

Srikandi Muda BERSATU Malaysia kecam tindakan menggunakan SPRM sebagai perkakas kerajaan

22 Feb

Srikandi Muda BERSATU Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan PH-BN yang menggunakan SPRM sebagai perkakas untuk membuat ‘political persecution’ dan fitnah jahat ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang.


Srikandi Muda BERSATU Malaysia berpendapat bahawa langkah-langkah jahat ini adalah bagi menutup segala kepincangan yang berlaku di dalam Kerajaan PH-BN. Pelbagai kegagalan demi kegagalan dihasilkan Kerajaan PH-BN belum pun mencapai 100 hari usia pentadbiran. Antaranya adalah lantikan Timbalan Perdana Menteri di kalangan kluster mahkamah, amalan nepotisme yang direstui, kenaikan harga barangan keperluan asas yang tiada jalan penyelesaian, kebebasan bersuara yang disekat serta janji-janji manisfesto yang dibakul- sampahkan.


Srikandi Muda BERSATU Malaysia mendesak supaya Kerajaan PH-BN menumpukan sepenuh tenaga dan perhatian kepada isu-isu rakyat dan bukan membuang masa melakukan ‘witch-hunt’ atau pemburuan politik untuk membalas dendam ke atas Perikatan Nasional yang kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.


Srikandi Muda BERSATU Malaysia yakin rakyat Malaysia tidak akan termakan dengan agenda jahat ini yang semata-mata untuk memburukkan BERSATU dan Perikatan Nasional terutama menjelang Pilihanraya 6 Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Srikandi Muda BERSATU Malaysia juga menggesa SPRM diletakkan di bawah kawal selia Parlimen agar badan tersebut tidak disalahgunakan dan menjadi perkakas ‘government of the day’ untuk membalas dendam terhadap musuh politik. Srikandi Muda BERSATU Malaysia berharap Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak buat-buat lupa dan mengotakan janjinya dalam mereformasikan institusi-institusi penting di Malaysia dalam agenda ‘good governance’ dan ‘democratic accountability’ beliau. Dalam hal ini, Srikandi Muda BERSATU Malaysia bersependapat dengan YB Pasir Gudang, Hassan Karim dalam perbahasan beliau di Parlimen pada hari ini yang mengingatkan Perdana Menteri tentang pemusatan kuasa yang boleh menyebabkan salahguna kuasa dan korupsi. ‘Absolute power corrupt absolutely’.

Nurul Fadzilah Kamaluddin Ketua Srikandi Muda BERSATU Malaysia 21 Februari 2023

bottom of page