top of page
Writer's pictureArissa Azman

Srikandi Muda JOHOR tubuh pasukan bertindak khas membantu menangani isu kenaikan harga barang

29 NOVEMBER 2021

Mutakhir ini negara berhadapan dengan krisis kenaikan harga barang yang berlaku di tengah-tengah kesempitan hidup masyarakat yang baharu sahaja mula bertatih pasca Covid-19.


Srikandi Muda Johor berpandangan bahawa perkara ini adalah sangat serius dan perlu segera ditangani dengan langkah pro-aktif dari agensi-agensi yang terlibat.


Pada fasa pemulihan ekonomi ini, gabungan kerjasama erat antara kerajaan dan peniaga amatlah penting dalam membantu masyarakat menyusun kembali ekonomi keluarga mereka.


Ketua Srikandi Muda Johor, Shazani A Hamid berkata, Srikandi Muda Johor mewakili suara anak muda merayu agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian khusus kepada perkara ini kerana ianya juga memberi kesan langsung kepada golongan mahasiswa dan golongan anak muda yang baharu mahu memulakan kehidupan berdikari.


"Mahasiswa yang merupakan generasi masa hadapan negara perlu diberi perhatian sewajarnya. Adalah tidak adil bagi mereka yang masih belum mempunyai pendapatan tetapi terpaksa mengikat perut dalam mengurus perbelanjaan seharian,


"Bagi memulakan langkah membantu usaha mengekang kenaikan harga barang yang mendadak, Srikandi Muda Johor akan menubuhkan satu pasukan bertindak khas (task force) di seluruh Parlimen di Negeri Johor bagi membantu usaha pemantauan harga barangan harian,


"Sekiranya terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah, kami akan segera melaporkan kepada pihak-pihak berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media.



--PN Online

Comments


bottom of page