top of page
  • Writer's pictureNihaba

Status MySejahtera Rosmah oren, bicara rasuah ditangguh

10 Disember 2021

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat dilapangkan selepas status MySejahtera isteri bekas Perdana Menteri itu masih menunjukkan beliau mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.


Semasa prosiding bela diri kes rasuah membabitkan projek hibrid solar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah berkata, status terkini MySejahtera anak guamnya bewarna oren.


Bagaimanapun, Rosmah yang menyambut hari kelahiran ke-70 pada Jumaat tetap hadir di mahkamah dan menunggu di dalam kereta Proton Perdana beliau.


Jagjit Singh berkata, kehadiran anak guamnya disahkan oleh pendaftar mahkamah sejurus Rosmah tiba di lobi mahkamah.


Berikutan itu, Hakim Mohamed Zaini memohon agar Rosmah dapat hadir dalam prosiding yang dijadualkan pada Isnin depan.


Pada hari berkenaan, beliau berkata, perlu dipastikan sama ada status MySejahtera Rosmah bertukar warna biru atau sebaliknya.


Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan perbicaraan dijalankan secara dalam talian.


Menurutnya, Rosmah boleh memberi keterangan secara dalam talian atau hibrid sama ada di pejabat peguam atau di kediamannya, dengan kehadiran pihak pembelaan dan pendakwaan.



Sinar Harian

bottom of page