top of page
  • newsatmy

SugarBomb bantu 300 peniaga tempatan

1 DIsember 2021

PETALING JAYA: Jenama pewangi tempatan, SugarBomb berhasrat membantu 300 peniaga yang terjejas untuk bangkit selepas pandemik yang melanda negara.


SugarBomb Malaysia yang berperanan memperkasakan lagi golongan usahawan dan peniaga tempatan dengan produk wangian buatan sendiri menganjurkan program latihan intensif yang bertemakan Bangkit SugarBomb.


Menurut Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari Rosli, program ini adalah bagi membantu peserta menerusi perkongsian ilmu pengetahuan dan selok-belok berguna yang dapat menghidupkan kembali dan meningkatkan perniagaan mereka.


“SugarBomb Bootcamp 2021’ telah diadakan di Setia City Convention Centre selama dua hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam yang mana seramai 300 peniaga dan usahawan tempatan berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan.


“Program yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai ini berkonsepkan motivasi dan inspirasi. Tercetusnya program ini adalah untuk membantu golongan usahawan tempatan seluruh Malaysia dengan menyuntik semangat kepada mereka.


“Malah, turut berperanan menyakinkan semua supaya tidak berputus asa meski dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang mendatang, apatah lagi dalam musim pandemik COVID-19,” katanya.


Program ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ diharapkan berjaya mencapai misinya iaitu tidak lain tidak bukan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya dalam hidup mereka,” katanya.


Antara program yang diadakan sepanjang hari itu termasuklah sesi perkongsian mengenai pemasaran dan ‘perfume profiling & perfume making’ yang mana para peserta diberi peluang untuk bereksperimentasi mencipta minyak wangi mereka sendiri.


Turut memeriahkan ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ ialah kumpulan hip hop Malaysia, Ruffedge yang menangkap perhatian ramai menerusi persembahan lagu-lagu hit seperti “Khayalan”, “Bila Rindu” dan juga lagu kolaborasi bersama SugarBomb sendiri, iaitu “Kau Memang Da Bomb”.

bottom of page