top of page
  • Writer's pictureNihaba

Sukma 2022 diadakan sebelum Sukan SEA

31 Oktober

KUALA LUMPUR: Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan sebelum temasya Sukan SEA Hanoi, dijangka berlangsung Mei depan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia bagi memastikan usaha mencungkil bakat untuk mewakili negara pada temasya seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel di Birmingham (28 Julai-8 Ogos) dan Sukan Asia di Hangzhou, China (10-25 Sept) dapat dijalankan.



Beliau berkata negeri-negeri juga bersetuju untuk mencari jalan agar semua acara yang telah dipersetujui sebelum ini dapat diteruskan, manakala had umur bagi atlet juga ditingkatkan supaya semua atlet yang berlatih, dapat menyertai temasya berkenaan.

Sebagai rekod, Sukma Johor sepatutnya berlangsung dari 11 hingga 22 Julai tahun lalu sebelum tarikh penganjuran terpaksa dianjak dua kali pada Mac 2021 dan April 2021 disebabkan pandemik Covid-19.


Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terpaksa membuat keputusan membatalkan Sukma 2020 dan memberikan semula hak penganjuran edisi 2022 kepada Johor untuk dianjurkan tahun depan.


Sebelum ini,jawatan kuasa tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) bersetuju agar penganjuran temasya sukan terbesar negara itu di Johor pada tahun hadapan ditangguhkan ke 2024.


Perkembangan itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, yang meneliti status laporan terkini penganjuran Sukma dan Para Sukma Johor 2020.

bottom of page