top of page
  • newsatmy

SUKMA ke-20: Johor juara keseluruhan acara berbasikal


NILAI, 22 September- Johor dinobatkan juara keseluruhan acara berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20. Acara berbasikal trek yang berlangsung di Velodrom Nasional Nilai, tamat hari ini. Pasukan negeri merah biru mendominasi saingan sukan berbasikal dengan membawa pulang 17 pingat. 11 emas, 3 perak dan 3 gangsa. Ketua jurulatih, Junaidi Mohamad Nasir berkata kejayaan ini paling bermakna buat kontinjen Johor selepas mengharungi beberapa cabaran sebelum ini. "Ini hasil titik peluh kami bersama selama hampir empat tahun kami berusaha menaikan dan memartabatkan sukan berbasikal negeri Johor. "Jadi pasukan kami telah memberikan satu impak baharu dalam sukan berbasikal dalam negara, jadi usaha sama barisan jurulatih, barisan mekanik dan Majlis Sukan Johor...membuahkan hasil seperti sekarang," katanya di sini.


Bagi penyumbang pingat emas terbanyak negeri Harimau Selatan, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad kejayaan itu hadiah terakhir buat Johor di peringkat SUKMA. "Saya rasa berpuas hati dan berbaloi atas usaha selama ini untuk sampai ke hari ini dan saya rasa sudah berjaya buktikan yang saya mampu mengalas tugasan diberikan oleh jurulatih dan kepercayaan yang diberi pada saya," jelasnya.


Atlet berusia 23 tahun itu berjaya meraih lima pingat emas. Kecemerlangan yang dilakar Siti Nur Adibah mendorongnya memasang hasrat menyertai skuad kebangsaan ke Sukan SEA Kemboja tahun depan.

bottom of page