top of page
  • newsatmy

Sumbangan 'Back To School'

9 Januari 2020

Hana

AYER HITAM: Program Sumbangan “Back To School” yang dianjurkan oleh Bersatu Parlimen Ayer Hitam tahun 2021 bersempena sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama. Program ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Yong Peng pada jam 2 petang tadi.


Dato’ Osman bin Haji Sapian yang merupakan ADUN Kempas merangkap Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam telah merasmikan tersebut. Program seperti ini turut diadakan pada tahun lepas di Dun Semarang, Johor.


Program ini dianjurkan bertujuan untuk membantu murid-murid dikalangan keluarga B40 di kawasan Ayer Hitam, Johor. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan ekoran wabak Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu.


Turut hadir dalam menjayakan program ini adalah barisan guru-guru besar sekolah kebangsaan di kawasan Ayer Hitam.


Antara sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barangan keperluan dan kelengkapan sekolah yang telah disampaikan oleh Dato’ Osman sendiri.


”Saya ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan kepada anak-anak yang akan kembali ke sekolah bagi tahun 2021. Belajarlah bersungguh-sungguh untuk merubah bukan sahaja diri kita bukan sahaja menjadi bijak dan pandai tetapi juga boleh merubah nasib dan masa depan keluarga ” kata Dato’ Osman.


Beliau turut berpesan kepada murid-murid dan guru-guru agar sentiasa menjaga penjarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut semasa berada dikawasan sekolah.


bottom of page