top of page
  • newsatmy

Sumbangan dari kita untuk kita

9 Februari 2021

JOHOR BAHRU : Ketua-ketua Bahagian Bersatu Negeri Johor menerima bantuan sumbangan dari Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di Seluruh Parlimen Negeri Johor.


Penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Sahruddin yang juga merupakan ADUN Bukit Kepong dan Setiausaha Bersatu Negeri Johor.


Antara barangan sumbangan yang diagihkan ialah barangan keperluan harian seperti beras, susu, tepung, gula dan mihun.


Dr Sahruddin berharap dengan adanya sumbangan ini, dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dalam mendepani wabak COVID-19 lebih-lebih lagi masyarakat Cina kerana perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi. - PN Online



bottom of page