top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Syarikat balak wajib beri sumbangan besar pada mangsa banjir - Anwar Ibrahim

27 Disember 2021

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata syarikat pembalakan turut perlu bertanggungjawab atas bencana banjir teruk yang berlaku di Malaysia dan wajib beri sumbangan yang besar kepada mangsa banjir.


Menurut Anwar, di beberapa kawasan yang dilanda banjir besar itu, kelihatan ada kegiatan pembalakan yang turut memburukkan lagi keadaan banjir.


Selain kerajaan negeri, syarikat pembalakan yang raih keuntungan besar wajib beri sumbangan, bantuan lebih besar kerana mereka juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.


Dalam pada masa yang sama, Presiden PKR itu turut berkata dia sudah pergi ke banyak tempat yang ditimpa banjir dan melihat pelbagai kaum dan agama membantu satu sama lain.


Dia turut mengambil maklum masalah kesesakan yang berlaku di kawasan yang terlibat turut menghalang usaha lori untuk mengangkut sampah sarap dan bahan buangan.


Tambahnya lagi, beliau menasihati agar pihak Menteri tidak perlu terlalu mengikut protokol ketika pergi ke kawasan yang ditimpa banjir kerana dipercayai merujuk kepada aduan, konvoi VIP menjadi penyebab gangguan di kawasan berkenaan.

bottom of page