top of page
  • newsatmy

Taeyang timang anak sulung lelaki

7 Disember 2021

SEOUL: Pasangan selebriti, Taeyang,33, dan Min Hyo Rin,35, menimang cahaya mata sulung baru-baru ini.


Taeyang dan Min Hyo Rin yang sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun itu dilaporkan menyambut anak lelaki sulung menerusi pengumuman rasmi yang dibuat oleh agensi YG Entertainment.


Isteri Taeyang iaitu Min Hyo Rin selamat melahirkan bayi lelaki dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat,” kata wakil agensi tersebut.


Pasangan selebriti itu mengumumkan berita gembira tersebut sekitar September lalu. Malah, mereka turut menzahirkan keterujaan melangkah ke fasa baru dalam rumah tangga mereka.


Taeyang dan Min Hyo Rin mula berkenalan di set penggambaran muzik video kumpulan BIGBANG sekitar tahun 2014.


Jodoh mereka jelas begitu kuat dan akhirnya memilih untuk berkahwin pada Februari 2018.


Sejurus itu, Taeyang kelihatan memperlahankan kariernya baik solo mahupun berkumpulan.

bottom of page