top of page
  • admin

Tahfiz Model Ulul Albab dilaksana di 11 SMKA, 4 SBP


KUALA LUMPUR 31 Mac: Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) telah dilaksanakan di 11 buah sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan empat buah sekolah berasrama penuh (SBP) melibatkan 7,444 orang murid sehingga Januari 2023.


Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak 21 buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) melibatkan seramai 5,438 orang murid.

“Dalam tempoh lima tahun pelaksanaan TMUA, seramai 3,450 murid yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dan menguasai tiga aspek kemenjadian murid iaitu quranik, ensiklopedik dan ijtihadik,” ujar KPM dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Hassan Saad [PN-Baling] di Dewan Rakyat, semalam.


Dalam soalannya, beliau meminta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan bagi memperluas model Tahfiz Ulul Albab bagi menambah bilangan pelajar yang hafiz Al-Quran di sekolah di bawah Kementerian.


KPM juga memaklumkan sedang meneliti untuk memperluaskan pelaksanaan model TMUA kepada 12 buah sekolah di seluruh negara.


“KPM berhasrat melalui pengintegrasian komponen akademik dan pendidikan al-Qur’an ini diharap dapat melahirkan generasi murid yang menghafaz al-Quran (al-hafiz), menguasai dan mengamalkan ilmu al- Quran di samping ilmu yang lain,” ujar KPM lagi.

Comentarios


bottom of page