top of page
  • newsatmy

Tahniah pada Ziyad, Dekwan, Eddy-Rina Harun


KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (BERSATU) mengucapkan tahniah di atas kejayaan atlet paralimpik negara yang berjaya meraih pingat emas di Sukan Para ASEAN Solo 2022 di Stadium Manahan, Indonesia, pada 1 Ogos lalu.

Tiga atlet paralimpik negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru); Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (acara 100 meter T36) dan Eddy Bernard (acara lompat jauh F44/64).


“Ziyad Zolkefli jaguh lontar peluru membawa kilauan emas dengan lontaran sejauh 16.92 meter.

“Ridzuan pula menghadiahkan emas buat kontinjen negara dalam acara 100 meter T36 dengan catatan 12.220 saat manakala Eddy mendapat emas bagi acara lompat jauh F44/64 dengan melakukan lompatan sejauh 6.48 meter.

“Saya berbangga dengan pencapaian ini yang membuktikan bahawa OKU mampu bersaing dan berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi selagi mereka diberi peluang, ruang dan sokongan,” katanya.

bottom of page