top of page
  • newsatmy

Tahun Haqiem Rusli, Siti Nordiana unguli AME 2020

Asyraf Roslan

Disember 21, 2020 00:14 MYT



Haqiem bukan sahaja memenangi anugerah Top Top Meletop Lelaki malah dia juga memenangi anugerah Penyanyi dan Lagu Meletop.


Anugerah Meletop Era 2020 (AME) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Artis Top Top Meletop Lelaki.


Haqiem bukan sahaja memenangi anugerah utama malah dia juga merangkul anugerah Penyanyi dan Lagu Meletop menerusi lagu Lembah Kesepian.


Siti Nordiana pula sekali lagi mengungguli anugerah Top Top Meletop Wanita selain anugerah Top Top Meletop Duo/Kumpulan yang dimenangi bersama Khai Bahar.


Ini merupakan senarai penuh pemenang setiap kategori AME 2020:


Fesyen Meletop - Syafiq Kyle


Influencer Meletop - Syahmi Sazli Production


Artis Baharu Meletop - Han Byul


Couple Meletop - Hanis Zalikha dan Hairul Hazreen


Si Cilik Meletop - Alisa Aisyah


Program Meletop - Sepahtu Reunion 2019


Artis Versatil Meletop - Siti Nordiana


Drama Meletop - Sweet Dreams


Lagu Meletop - Lembah Kesepian ( Haqiem Rusli )


Duo/ Kumpulan Meletop - Khai Bahar dan Siti Nordiana


Bintang Filem Meletop - Syafiq Kyle


Filem Meletop - Ejen Ali The Movie


Hos Meletop - Alif Satar


Pelakon Meletop - Ben Amir (Sweet Dreams)


Penyanyi Meletop - Haqiem Rusli


Top Top Meletop Group/Duo - Khai Bahar dan Siti Nordiana


Top Top Meletop Wanita - Siti Nordiana


Top Top Meletop Lelaki - Haqiem Rusli


Anugerah pilihan peminat itu dimeriahkan dengan persembahan-persembahan menarik daripada Shiha Zikir, Aina Abdul, Andi Bernadee, Anuar Zain dan Misha Omar.


AME 2020 juga lebih istimewa kali ini dengan penampilan khas penceramah bebas Ebit Lew selain Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima Anugerah Khas AME 2020.


Pelakon Kamal Adli turut membuat kejutan kepada umum apabila melamar buah hatinya, Uqasha Senrose semasa siaran langsun AME 2020 yang diadakan di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya.


Tahun ini AME 2020 dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak yang menggantikan Alif Satar sebagai pengacara ketiga untuk majlis berprestij itu.

bottom of page