top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

“Tanggungjawab kau tak sampai situ je” – Netizen tegur Aisar Khaled supaya jangan lepas tangan

29 September 2021

Seorang netizen menganggap tindakan selebriti media sosial Aisar Khaled mengislamkan orang awam ini merupakan satu tindakan yang bahaya.


Tindakan itu diselar berikutan dengan penularan video yang memperlihatkan Aisar mengislamkan orang awam menerusi TikTok miliknya sejak kelmarin.


“Tanggungjawab kau tak terhenti kat situ je”


Kata individu itu, apabila Aisar sudah mengajak seseorang untuk memeluk agama islam tanggungjawabnya tidak terhenti disitu. Dia perlu membimbing dari awal sampai akhir dan akan ada prosedur undang-undang.


Kau kena ada dengan dia walau apapun implikasi yang akan terjadi disebabkan hal ini.”

Tambah individu itu lagi, bab-bab serius sebegini, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab golongan professional. Malah, dia juga menegur Aisar supaya perlu pastikan individu muallaf itu faham apa itu lafaz syahadah.


Bahkan, netizen ini turut menegaskan bahawa jabatan agama sendiri tidak akan mengislamkan orang semudah itu.


“Akan ada beberapa sesi untuk bakal muallaf itu faham apa erti masuk Islam. Bila dah bersedia, baru lafaz syahadah. Ni kau buat depan tangga?”

Teguran itu telah mendapat sokongan warganet lain dan meraih sebanyak sehingga 9.7K jumlah retweets di Twitter. Rata-rata bersetuju dengan kata-kata lelaki ini.


Terdahulu, Aisar ada buka mulut berkenaan isu ini, katanya tindakan itu bukan satu paksaan sepertimana yang didakwa oleh netizen sebelum ini.

bottom of page