top of page
  • newsatmy

Tarikh sidang Parlimen Malaysia belum diputuskan.

1 Mac 2021


KUALA LUMPUR - Tarikh 8 Mac untuk persidangan Dewan Rakyat yang dilaporkan oleh beberapa media adalah tarikh asal yang tidak lagi dipakai setelah Ordinan Darurat dikuat kuasa, tegas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.


Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk membuat Parlimen bersidang seperti yang dicadangkan menerusi Sekysen 12(1)(b) iaitu “YDPA (Yang di-Pertuan Agong) boleh prorog, bubar dan panggil Parlimen pada yang tarikh difikirkan perlu oleh YDPA."


“Maka suatu urusan lain perlu dilakukan, termasuk proklamasi prorog dan memanggil Parlimen Penggal Ke- 4.


”Perlu diingat juga notis daripada SUDR (Setiausaha Dewan Rakyat) ke MP (Ahli Parlimen) saja adalah 28 hari,” jelasan beliau menerusi hantaran akaun Twitter nya semalam (28 Feb).


Rabu lalu (24 Feb), Istana Negara dalam kenyataan menyebut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang didalam tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.


Pengawal selia Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menjelaskan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh yang akan difikirkan oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

bottom of page