top of page
  • admin

TASTI: Perkasa pendidikan awal, bendung masalah sosial


LAHAD DATU,30 Dis: Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) merupakan salah satu usaha untuk memperkasakan pendidikan awal untuk anak-anak.


Menurut Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu, matlamat pendidikan Islam adalah melahirkan mukmin yang kuat iaitu dengan mempunyai tubuh badan yang sihat, jiwa yang kuat, bijaksana serta membawa kepada cemerlang dunia dan akhirat.

“Sistem pendidikan Islam adalah satu sistem yang unggul untuk menyelesaikan masalah sosial yang ada dalam masyarakat pada masa kini.

“Dalam menjayakan visi dan misi pembentukan TASTI, pihak Ahli Lembaga Pengelola (ALP) boleh menjadikan PASTI atau mana-mana TASTI lain sebagai role model bagi aspek-aspek pengurusan tertentu,” katanya semasa merasmikan Kursus Pengurusan TASTI Peringkat negeri secara dalam talian, semalam.


Walau bagaimanapun, ujarnya, pengusaha perlu yakin dengan modul pendidikan yang disediakan oleh TASTI pusat kerana ianya telah disusun dengan begitu sempurna oleh mereka yang pakar dalam bidang itu.


Norsah turut menekankan kepada pengusaha agar bersedia dari segi mental dan fizikal kerana pembinaan pusat asuhan itu merupakan satu perjuangan dan di dalamnya memerlukan pengorbanan.

“Saya berharap semoga dengan kursus ini akan memberi impak yang besar kepada kemenjadian TASTI di Sabah dan dapat menghadapi cabaran pendidikan di negeri ini.

“Dengan TASTI ini juga merupakan satu usaha kita bagi membendung masalah sosial dalam masyarakat dengan menerapkan akidah yang ditanam dalam kalangan anak-anak supaya memberi kekuatan kepada mental mereka,” katanya

.

Bengkel selama tiga hari bermula 27 Disember itu telah disampaikan oleh Ketua Unit Baitul Hadonah, Lajnah Pembangunan Keluarga, Dewan Muslimat PAS Malaysia, Basmatul’uyun Yusof yang menyentuh mengenai cara mendidik anak dengan menggunakan bahasa cinta serta cara pengurusan dan prosedur pendaftaran.


Program itu melibatkan peserta daripada seluruh negeri dengan menyasarkan pendidik atau pengasuh TASTI, ALP dan ahli di setiap kawasan

bottom of page