top of page
  • newsatmy

Tatkala pandemik, Olimpik mampu menyatupadukan rakyat Malaysia - Kajian

18 Julai 2021

Majoriti rakyat Malaysia percaya penganjuran temasya sukan Olimpik mampu menyatupadukan rakyat tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak.


Menerusi kaji selidik yang dilakukan Ipsos melibatkan 19,510 responden, 77 peratus responden Malaysia bersetuju bahawa 'Olimpik mampu bawa negara ini bersatu padu'.


Dalam laporan bertajuk 'Olympic Spirit in Pandemic Times', Malaysia turut melepasi kadar purata global, iaitu hanya 65 peratus.


China merekodkan 92 peratus, sementara India mencatatkan 84 peratus dan diikuti Malaysia.

Kaji selidik yang dilakukan bermula 21 Mei sehingga 4 Jun lalu turut mendapati majoriti responden Malaysia, iaitu 63 peratus akan mengikuti rapat sukan badminton.


Ia jauh lebih tinggi berbanding negara seperti India yang hanya merekodkan 36 peratus, China 27 peratus dengan purata global hanya enam peratus.

bottom of page