top of page
  • admin

Tengku Zafrul di Parlimen bentang Bajet 2023


PUTRAJAYA,7 OKT: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan kira-kira 2.30 petang untuk ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 4 petang ini.


Sebelum itu Tengku Zafrul menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail di lobi utama kementerian.


Beliau memakai baju Melayu berwarna biru firus lengkap bersamping sambil memegang beg berwarna hitam yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023. Turut mengiringi Tengku Zafrul ke Parlimen ialah kedua-dua timbalannya Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa.

Ketika ditanya kandungan Bajet 2023, Tengku Zafrul hanya bersenyum lebar kepada pengamal media.


Bajet 2023 dijangka meneruskan momentum pemulihan semasa selain memberi penekanan terhadap aspek pembaharuan struktur dan pengukuhan daya tahan ekonomi.

Bertema 'Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan Ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia', bajet itu juga menyaksikan kerajaan memberi tumpuan kepada rakyat, perniagaan serta ekonomi.

-- BERNAMA

Comments


bottom of page