top of page
  • newsatmy

Tenis: Nadal - Djokovic bertemu di final buat kali ke-6

16 Mei 2021

RAFAEL Nadal dan Novak Djokovic akan berentap menentukan siapa bakal membawa pulang gelaran juara di pusingan akhir tenis Terbuka Itali.


Kedua-dua pemain menempah tiket ke final selepas menundukkan lawan masing-masing di separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Rome.


Nadal layak ke final selepas menang ke atas wakil Amerika Syarikat, Reilly Opelka dengan straight set, 6-4, 6-4 pada Sabtu.


Dia sekadar memerlukan sejam 32 minit untuk menewaskan Opelka.


Aksi di final Terbuka Itali adalah yang ke-12 buat Nadal.


Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Djokovic pula beraksi dua kali di gelanggang pada Sabtu.


Ini selepas aksi suku akhirnya menentang Stefanos Tsitsipas terpaksa dihentikan kerana hujan.


Dalam aksi menentang Lorenzo Sonego, Djokovic menang dengan 6-3 6-7 (5-7) 6-2.


Ini adalah kali keenam Djokovic dan Nadal bertemu di final Terbuka Itali.


Rekod pertemuan menyebelahi Nadal dengan tiga kemenangan daripada lima pertemuan.

Ini juga aksi final pertama kedua-dua pemain ini selepas Terbuka Perancis tahun lalu.


-Astro Awani

Comments


bottom of page