top of page
  • Writer's pictureNizam

Terbuka Denmark-Zii Jia bertemu Axelsen diseparuh akhir

22 Oktober-PETALING JAYA

Tugas getir menanti Lee Zii Jia dalam misi memburu tiket separuh akhir badminton Terbuka Denmark apabila bakal berdepan jaguh tuan rumah yang juga juara Olimpik, Viktor Axelsen malam ini.

Zii Jia melangkah ke suku akhir selepas mengenepikan rakan senegara, Liew Daren 21-11, 21-14 pada pusingan kedua di Odense, malam tadi.


Zia Jia,berada di rangking ke tujuh dunia,pertemuan terakhir mereka di All England, Mac lalu yang menyaksikan Zii Jia muncul juara.


Dalam saingan beregu lelaki pula, Pemain beregu negara,pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersekat selepas pilihan kelima itu disingkirkan 19-21, 13-21 oleh Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun.


Bagaimanapun cabaran pasukan badminton negara diteruskan oleh Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang mengejutkan pilihan ketujuh dari India, Satwiksairaj Rakireddy-Chirag Shetty 14-21, 21-15, 21-15.

Pasangan muda negara itu bakal berdepan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rain Ardianto pada suku akhir.



bottom of page