top of page
newsatmy

Terbuka Hylo: Lee Zii Jia tiada masalah ke suku akhir

5 November

PERSEORANGAN lelaki utama negara, Lee Zii Jia, tidak berdepan masalah untuk melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hylo selepas menewaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, di Saarbrucken, Jerman malam tadi.


Dengan reputasi sebagai pilihan kedua kejohanan, bintang negara itu bergelut untuk menewaskan pemain bukan pilihan dari Sepanyol, Pablo Abian, dalam pusingan pertama Rabu tetapi hanya memerlukan 38 minit untuk menundukkan lawan di ranking ke-55 dunia, Nguyen.


Nguyen, bagaimanapun, memberikan tentangan sengit dalam set pertama dengan mengikat kedudukan pada angka 20 tetapi melepaskan dua mata terakhir kepada Zii Jia.-Astro Awani


Comments


bottom of page