top of page
  • newsatmy

Terbuka Malaysia: Daren mungkin tak jadi lawan Axelsen


KUALA LUMPURn 11 : Pemain perseorangan lelaki profesional negara Liew Daren berkemungkinan besar tidak beraksi menentang juara bertahan Viktor Axelsen pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Khamis ini.


Pemain di kedudukan ke-31 ranking dunia yang mara ke pusingan kedua selepas mengatasi Toma Junior Popov dari Perancis 21-15, 14-21, 21-17 selepas pertarungan 59 minit pada pusingan pertama semalam, mungkin terpaksa menarik diri akibat kecederaan betis kanan yang dialaminya sejak sebulan lepas.


Pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2018 itu bagaimanapun berharap kecederaan yang telah dialami sejak sebulan lepas, mampu sembuh sepenuhnya bagi meneruskan perjuangan dalam kejohanan bertaraf Super 1000 di hadapan peminat badminton tanah air. "Sudah sebulan sebenarnya saya tidak berlatih sebab kecederaan betis kanan yang cedera semasa latihan berlari. Memang kemungkinan akan tarik diri, tapi belum mengambil keputusan lagi, kena tengok pemulihan macam mana sebab esok pasti lebih sakit.

"Kalau jalan pun masih sakit pada esok dan Khamis, tiada guna (teruskan) sebab tak boleh gerak. Masa main tadi memang dah sakit, saya pun tak lompat tadi main satu kaki sahaja," katanya kepada pemberita.


Mengikut undian kejohanan, Daren, 36, dijadualkan beraksi menentang sama ada pemenang pemain nombor satu dunia, Axelsen atau Rasmus Gemke (ke-21 dunia), kedua-duanya dari Denmark.


Daren juga tidak menolak kemungkinan penampilannya dalam Terbuka Malaysia kali ini adalah yang terakhir dalam kejohanan sama sebelum mengumumkan persaraan dari arena badminton yang belum ditentukan tarikh.

-- BERNAMA

Comments


bottom of page