Terbuka Perancis: Nadal terlalu unggul buat Schwartzman
10 Jun 2021
RAFAEL Nadal berada di landasan terbaik untuk melebarkan rekodnya kepada 14 gelaran Kejohanan Tenis Terbuka Perancis apabila mengatasi Diego Schwartzman dalam suku akhir malam tadi.
Schwartzman menamatkan rekod 36 set tanpa kalah Nadal di Roland Garros ketika mengikat kedudukan 1-1 tetapi kualiti yang dimiliki jaguh Sepanyol itu jelas berada di tahap berbeza.
Pemain pilihan ketiga itu memperlihatkan di depan 5,000 penonton betapa dia memiliki pukulan servis kencang untuk mengungguli dua set berikutnya dan mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan kemenangan 6-3, 4-6, 6-4, 6-0 dalam masa dua jam 45 minit.
Nadal, yang memenangi enam game berturut-turut sebelum mengesahkan laluannya, akan bertemu pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, bagi penentuan ke final.
Comments