top of page
  • Writer's pictureNizam

TERKINI: Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Jurulatih Harimau Malaya

3 Januari 2021

Tan Cheng Hoe telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).


Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, ia susulan kegagalan skuad kebangsaan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, yang baru berakhir semalam.


Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar mengatakan yang keputusan ini dicapai selepas perbincangan dari pelbagai sudut telah dilakukan.


Selepas melakukan perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan hubungan kerjasama dan Cheng Hoe memilih untuk meninggalkan skuad kebangsaan.

“Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini..”

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.”

bottom of page