top of page
newsatmy

Tersingkir GV8, Upiak Isil pegang pesan ibu agar tidak sedih

27 Disember 2021

Penyanyi kelahiran Indonesia, Upiak Isil semalam telah tersingkir daripada persaingan program nyanyian popular, Gegar Vaganza musim ke-8 setelah mempersembahkan lagu Sembunyi nyanyian asal Misha Omar dan Andy Flop Poppy bersama rakan duet, Usop.


Upiak Isil

2 MINGGU LALU

Pernah 10 Hari Tak Bersihkan Diri, Upiak Isil Mengaku Malas Mandi Dan Tidak Rimas

Advertisement


Ujar Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 36, dia dan Usop tidak mengalami sebarang masalah atau isu ketika sesi latihan nyanyian namun tidak pasti mengapa persembahan duetnya pada malam itu telah menjadi punca penyingkirannya.


Dia ditemui media setelah berakhirnya konsert minggu ke-6 GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.


Saya sudah berikan yang terbaik, tetapi kita tidak boleh mengingkari takdir. Apa pun keputusan yang diberi sudah menjadi ketentuan jalan hidup kita.


Pada malam persembahan itu, juri tetap Datuk Ramli MS memberi komen bahawa Upiak dan Usop tidak menepati konsep nyanyian duet yang menjadi tema persembahan pada minggu ke-6.


Kata maestro muzik terkenal itu lagi, Usop sebagai rakan duet seolah-olah gagal membantu Upiak untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi kerana dilihat tidak serasi di atas pentas.


Namun begitu, Upiak memberitahu bahawa dia sudah persiapkan diri dengan sebarang episod penyingkiran sejak minggu sebelumnya malah sempat meminta ibunya agar mendoakan segala urusan dia pada malam itu berjalan lancar.


Saya sudah persiapkan diri dengan penyingkiran sejak minggu lepas lagi. Saya telefon mak minta dia doakan saya, dan dia berpesan supaya jangan bersedih jika tersingkir.


Ditanyakan mengenai perancangannya selepas ini, Upiak memaklumkan bahawa dia ingin memberi fokus kepada karier serta projek filem yang menunggu untuk diselesaikan.


Upiak juga bakal mengeluarkan sebuah single terbaru dan akan pulang ke Indonesia bagi menyelesaikan segala kerja yang sudah tertunggak sebelum ini.

Comments


bottom of page