top of page
  • cik skod

TFC gagal raih kemenangan dilaman sendiri


KUALA NERUS, 6 Mac- Hasrat Terengganu FC (TFC) dan KL City FC meraih kemenangan sulung dalam Liga Super tidak tercapai apabila sekadar seri 0-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi Dalam aksi perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan sentiasa berbalas serangan namun gagal menghasilkan jaringan. Skuad Penyu di bawah kendalian Ketua Jurulatih Tomislav Steinbruckner terus ketandusan gol selepas tiga perlawanan liga dengan jentera serangan pasukan itu menerusi Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn masih lagi tumpul di depan gol.


Keputusan seri tanpa jaringan itu menyaksikan kedua-dua pasukan kekal di kelompok bawahan liga dengan TFC mengutip mata pertama manakala KL City, dua mata dari tiga perlawanan.

bottom of page