• newsatmy

Tiada bukti kaitkan AstraZeneca dengan risiko pembekuan darah - WHO

20 Mac 2021

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tiada bukti saintifik mengaitkan vaksin AstraZeneca dengan risiko pembekuan darah.


Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Dr Tedros Adhanom Gheyreyesus, jawatankuasa siasatan vaksin itu mendapati ia berpotensi mengurangkan jangkitan dan kematian.


“Jawatankuasa siasatan telah merumuskan bahawa data tersedia tidak menyebabkan keseluruhan peningkatan masalah gumpalan darah kesan daripada vaksin AstraZeneca.


"Jawatankuasa juga mendapati bahawa manfaat vaksin ini melebihi risikonya dan berpotensi mencegah jangkitan dan kematian akibat COVID-19,” kata Dr Tedros.


Menurutnya lagi, setiap vaksin datang dengan kesan sampingan tertentu.

“Persoalan dengan farmaseutikal adalah risiko pengambilan vaksin ini melebihi daripada risiko terkena jangkitan.


"Dalam hal ini, ia tidak memberi kesan.


“COVID-19 adalah penyakit yang boleh membawa maut dan vaksin AstraZeneca boleh mencegahnya," jelasnya.


Sehubungan itu, WHO menyarankan pegawai kesihatan dan pesakit untuk kekal waspada memantau sebarang kesan sampingan dan melaporkannya.


Pengumuman WHO itu mendorong beberapa negara kembali yakin untuk meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca.


Ia termasuk Perancis dan Itali.


Di Perancis, penggunaan vaksin itu dimulakan semula pada Jumaat.


Malah pemimpin kini dalam usaha meyakinkan semula rakyat untuk mengambil vaksin tersebut dan menyatakan ia selamat.


Rakyat negara itu bersedia untuk menerima vaksin tersebut dan bekalan seterusnya dijangka tiba minggu hadapan.


Sementara di Itali, pengedaran semula dilakukan pada Jumaat selepas agensi farmalogikal secara rasmi menarik semula penggantungan vaksin AstraZeneca.


Ia selepas agensi ubat-ubatan Eropah mengumumkan bahawa vaksin tersebut adalah selamat dan berkesan.


Malah sejurus selepas pengumuman itu, rakyat mula beratur panjang di pusat vaksinasi untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.