top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Tiada fakta PM hilang kepercayaan dewan - Peguam Negara

8 Julai 2021

Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO bertarikh 7 Julai 2021, kenyataan tersebut merupakan kenyataan daripada suatu parti komponen yang membentuk Kerajaan sedia ada yang dilantik oleh YDPA.


Kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, kata Peguam Negara Idrus Harun.


"Berdasarkan perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik,


"Oleh itu, dari segi undang-undang, YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan," katanya.


Bernama melaporkan Idrus memasuki kawasan rumah perdana menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Selain Idrus, antara yang dipercayai hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Luar Hishammuddin.


Pasgi tadi, bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berkata Muhyiddin perlu mengemukakan usul undi percaya terhadapnya pada sidang parlimen akan datang.




--PN Online



bottom of page