top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Tiada perbincangan mengenai PRN dalam mesyuarat Exco Johor

20 Januari 2022

ISKANDAR PUTERI: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang bermesyuarat di sini hari ini tidak membincangkan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Tosrin Jarvanthi.


"Tiada apa-apa yang luar biasa dan mesyuarat hari ini berjalan seperti biasa. Kita membincangkan tentang kertas-kertas kerajaan, tiada perkara lain.


"Langsung tiada perbincangan (mengenai PRN Johor)," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat berkenaan di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sementara itu, Tosrin yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kulai berkata pihaknya masih belum mendapat tarikh berhubung mesyuarat parti berkenaan di peringkat negeri.


"Berhubung mesyuarat berkenaan, kita akan tunggu (makluman) daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu), buat masa ini belum dapat tahu lagi," katanya.


Khabar angin mengenai PRN Johor mula tersebar susulan kerajaan negeri hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lepas,


Semalam, blok pembangkang menawarkan Komitmen Kestabilan kepada kerajaan negeri dan menolak PRN Johor.



-- BERNAMA

Comentários


bottom of page